TIP UNTUK BAHAGIA BERKHEMAH (CAMPING)

  1. #BACA

Kenapa Baca?. #Read. Acap kali, kita lihat di Facebook pelbagai cerita dan gambar-gambar menarik tentang keseronokan aktiviti perkhemahan. Ada juga yang asyik bercerita dan mengesyorkan jenis khemah yang perlu dibeli dan macam-macam lagi kisah tentang gadget yang perlu dibawa semasa berkhemah. Amaran!, jangan terpengaruh dengan semua cerita ini. Anda kena lihat kemampuan anda dan kekerapan masa yang boleh anda luangkan bersama keluarga semasa berkhemah.

Kenapa H&n Campsite sesuai kepada yang hendak berjinak-jinak membawa keluarga untuk berkhemah?. Lazimnya, “kaki camping” akan mencari kawasan tapak perkhemahan yang sesuai dengan adanya kemudahan asas seperti air untuk perkhemahan keluarga. Lampu juga penting kerana ada sesetengah tempat memang agak suram suasana malam disana. Telefon bimbit dan “powerbank” adalah pasangan secocok menemani anda bila berkhemah. Kalau boleh, tutuplah sekejap ketika berkhemah. Buatlah aktiviti luar yang sesuai ketika berkhemah. Boleh mandi laut atau sungai. Bersembang dengan kawan-kawan atau jiran yang baharu anda kenali dan macam-macam lagi. Unggun Api atau “Campfire” boleh menerangi malam anda di kegelapan kawasan perkhemahan. Banyak lagi boleh anda lakukan. Mencari ketam dimasa air pasang surut. Mengajar anak memancing. Mandi laut dan bermain pasir di kawasan pantai yang terletak bersebelahan dan di hadapan tanjung.

Ramai juga pemancing tegar akan mencuba tapak yang sesuai untuk memancing. Bila dah dapat tapak menarik hendak memancing, mereka akan mulakan dengan berkhemah secara solo. Mereka akan hanya berkhemah dengan keluarga apabila ada keistimewaan lain yang sesuai untuk aktiviti bersama keluarga

Faktor-faktor kelebihan berkhemah di pantai terutama H&n Campsite

  • ( 1 ) LOKASI : Lebih dikenali sebagai Tanjung Datuk Klana. Dikelilingi dengan paya bakau dan Laut Selat Melaka. Anda berada seperti di Pulau dikelilingi air. Berdekatan dengan gerai dan kedai runcit yang berada dalam 5-10 minit apabila berjalan kaki. Pasar malam setiap hari Sabtu yang terletak bersebelahan dengan Petronas Batu 4.
Lokasi dari Google Map. H&n Campsite berdekatan dengan Pantai Awam, Pantai Saujana . Tandas awam tidak dibuka 24 jam.
Bersebelahan dengan Wakaf Nelayan.
Di Wakaf Nelayan, tapak perkhemahan berada dekat dengan jalan raya
  • ( 2 ) KEMUDAHAN ASAS : Tandas , bilik mandi, pili air dan singki. Ada surau dibahagian hadapan. Untuk sumber tenaga elektrik, kami menggunakan elektrik yang dibuka dari jam 7 malam hingga 7 pagi. Sila jangan gunakan peralatan elektrik seperti seterika, cerek elektrik, blender dan lain-lain peralatan yang mengunakan tenaga yang tinggi. Penambahbaikan sedang dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan modal yang ada dari hasil sewa dari pengunjung setia H&n Campsite.
  • ( 3 ) TAPAK KHEMAH POPULAR – Ramai yang menggemari kawasa tapak di hujung Tanjung walaupun agak jauh sekalai dalam 30-40 tapak kaki ke tandas . Lokasi strategik untuk melihat keseluruhan pantai dan juga senang untuk memancing. Kawasan ini agak berbatu dan kepada pemancing, sila berhati-hati kerana mata kail anda mungkin tersnagkut nanti.
Kawasan tapak popular yang sering menjadi rebutan. Siapa datamg dulu, dia dapat tapak ni.

Kelihatan nun jauh disana Hotel Avillion Port Dickson dan PD Waterfront

Categories PREPARATION

2 thoughts on “TIP UNTUK BAHAGIA BERKHEMAH (CAMPING)

    1. Terima kasih menempah dengan kami.
      Atas sokongan anda sila berikan maklumbalas di Google Review untuk rujukan kami kelak dalam memperbaiki perkhidmatan kami dari masa ke semasa.
      —-
      Sila berikan komen & review Kat Google. https://hn-campsite.business.site/
      JUMPA LAGI NANTI! , TERIMA KASIH BYK2…

      Like

Comments are closed.

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close